|
-
Langkah
kedua dalam pembelajaran masteri ialah guru harus menggunakan kaedah
atau aktiviti p&p yang berkesan dan bahan-bahan p&p yang
sesuai untuk memastikan pelajar dapat menguasai sesuatu hasil
pembelajaran dalam masa yang pendek.
-
Untuk memastikan
kejayaan pembelajaran masteri, guru harus mengambil kira perkara
berikut dalam p&p:
-
Ciri-giri guru
-
Gaya pembelajaran
pelajar
-
Kaedah atau
aktiviti p&p
-
Bahan p&p
-
Nilai-nilai murni
-
Pengurusan bilik
darjah dan aktiviti p&p
-
Perkara lain yang
harus juga diajar atau diserap dalam p&p seperti lapan kecerdasan,
kemahiran berfikir, kemahiran belajar, unsur-unsur patriotisme,
pendidikan alam sekitar, pendidikan pencegahan dadah dan penyakit
AIDS, kemahiran keibubapaan dalam kekeluargaan dan pendidikan
keselamatan di jalan raya akan dihuraikan dalam laman lain.
-
Guru harus tahu
bahawa pelajar mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza dan sebab
itulah tiada satu kaedah mengajar yang terbaik untuk semua pelajar.
-
Jadi, guru harus
menggunakan berbagai-bagai kaedah atau aktiviti pengajaran dan
pembelajaran supaya pelajar yang berbeza dalam gaya pembelajaran itu
dapat belajar dengan berkesan dan menguasai hasil pembelajaran.
-
Pada asasnya,
terdapat tiga gaya pembelajaran iaitu:
-
Pelajar visual:
Pelajar dalam
golongan ini suka belajar dengan melihat
-
Huruf atau
perkataan
-
Benda, gambar
atau gambar rajah
-
Demostrasi,
tindakan atau lakonan
-
Pelajar audio:
Pelajar dalam
kumpulan ini suka belajar dengan mendengar atau bercakap seperti
-
Mendengar cerita,
penerangan, syarahan, huraian olehguru atau pelajar lain
-
Menerangkan,
berbual, memberi pendapatnya, bercerita atau menghuraikan
-
Pelajar kinestetik:
Pelajar dalam
kumpulan ini suka belajar dengan membuat atau melakukan sesuatu
seperti:
-
Menulis atau
melukis sesuatu
-
Membuat latihan,
kerja amali, eksperimen, lakonan, simulasi, atau projek
Tiada satu kaedah atau
aktiviti p&p yang terbaik untuk pembelajaran masteri kerana pelajar
berbeza dalam kebolehannya dan mereka juga mempunyai gaya pembelajaran
yang berlainan.
Kaedah atau aktiviti
p&p yang dicadangkan untuk pembelajaran masteri ialah kaedah atau
aktiviti yang berpusatkan kepada pelajar, menarik dan menyeronokkan.
Jadi guru harus
merancang dan menggunakan pelbagai kaedah atau aktiviti p&p yang
berkesan dengan mengambil kira kebolehan dan gaya pembelajaran pelajar
anda.
Berikut ialah kaedah
atau aktiviti p&p yang berpusatkan kepada guru iaitu guru yang
melalukannya:
 |
Syarahan
|
 |
Penerangan
|
 |
Penjelasan
|
 |
Huraian
|
 |
Demonstrasi
|
 |
Bercerita
|
 |
Pembacaan
|
 |
Memberi nota
|
-
Kaedah atau aktiviti
p&p yang berpusatkan kepada pelajar di mana pelajar yang
melakukannya ialah:
 |
Soal jawab
|
 |
Latih tubi
|
 |
Bercerita
|
 |
Membuat latihan
|
 |
Penerangan,
penjelasan, huraian
|
 |
Perbincangan
|
 |
Inkuiri
|
 |
Penemuan
|
 |
Bacaan
|
 |
Sumbang saran
|
 |
Demostrasi oleh
pelajar
|
 |
Kerja amali
|
 |
Eksperimen
|
 |
Projek
|
 |
Kuiz
|
 |
Penyelesaian
masalah
|
 |
Reka cipta
|
 |
Pembelajaran
koperatif atau kerja kumpulan
|
 |
Main peranan
|
 |
Lakonan
|
 |
Simulasi
|
 |
Membuat nota
sendiri
|
 |
Lawatan
|
 |
Pengajaran
berprogram
|
 |
Pembelajarean
berbantu komputer
|
 |
PAK (Pembelajaran
Akses Kendiri)
|
-
Guru harus ingat
bahawa setiap kaedah atau aktiviti itu mempunyai kelebihan dan
kekurangan.
Kajian yang telah
dijalankan oleh penyelidik pendidikan telah menunjukkan bahawa
pembelajaran koperatif adalah berkesan untuk pembelajaran masteri.
Dalam pembelajaran
koperatif satu tugasan, projek atau masalah diberi dan pelajar belajar
di antara satu sama lain secara pasangan, kumpulan atau kelas.
Beberapa teknik yang
boleh digunakan dalam pembelajaran koperatif termasuk (Spencer Kagan,
1990):
-
Giliran Ahli
Kumpulan
Setiap pelajar
dalam sesuatu kumpulan memberi idea atau pendapatnya secara giliran
-
Pameran Kumpulan:
-
Setiap kumpulan
mempamerkan hasilnya
-
Setiap pelajar
melihat setiap kumpulan dan berbincang dengan ahli-ahli kumpulan
itu.
-
Memadan Benda
Pelajar-pelajar
dalam satu kumpulan memadankan susunan benda
-
Kuiz:
-
Guru memberi
soalan kepada satu atau semua kumpulan
-
Pelajar-pelajar
dalam sesuatu kumpulan berbincang untuk mendapatkan jawapan
-
Seorang pelajar
dalam kumpulan itu memberi jawapan kepada soalan guru
-
Kad Hafalan
-
Pelajar dalam
semua kumpulan diberi kad yang mengandungi fakta atau maklumat
penting untuk dihafal
-
Guru menyoal
-
Pelajar yang
sudah menghafal fakta atau maklumat itu menjawab dan markah akan
diberi
-
Semakan Pasangan:
-
Dua pasangan
diberi masalah yang sama untuk diselesaikan
-
Dalam stu
pasangan, seorang pelajar menyelesaikan masalah itu dengan
bantuan pelajar yang lain.
-
Pemikiran
Berpasangan dan Berkongsi Pendapat
-
Pelajar dalam
satu pasanganberfikir tentang sesuatu topik yang diberi oleh
guru
-
Pendapat
pasangan itu kemudiannya dikongsi dalam kelas
-
Peta Konsep
Berpasukan
Pelajar dalam satu
kumpulan membuat peta konsep bersama-sama di atas kertas yang besar.
-
Jawapan Giliran:
-
Satu kumpulan
diberi sebilangan soalan
-
Setiap pelajar
dalam kumpulan itu menjawab satu soalan
-
Penguasaan Secara
Beerpasangan:
Pelajar-pelajar
menguasai sesuatu isi kandungan secara berpasangan.
-
"Jigsaw"
(Pakar dalam Kumpulan):
-
Setiap kumpulan
diberi satu topik yang berlainantentang sesuatu tajuk atau
perkara.
-
Kumpulan itu
akan membuat penyelidikan dan menjadi pakar dalam topik itu.
-
Semua maklumat
dikongsi dalam kelas.
-
Bahan pengajaran dan
pembelajaran adalah penting untuk pembelajaran masteri kerana:
-
Pelajaran akan
lebih menarik dan menyeronokkan.
-
Pelajar dapat
memahami dan mengingat apa yang diajar.
-
Beberapa contoh bahan
pengajaran dan pembelajaran diberi dalam Jadual berikut:
Hasil
Pembelajaran
|
Cadangan Bahan
Pengajaran dan Pembelajaran
|
Pelajar dapat :
-
Mengenal
pasti "huruf".
-
Menambah
sebarang dua nombor 1-10.
-
Memukul bola
hoki dengan cara betul.
-
Menerangkan
proses penghadaman.
-
Menguji
kehadirian kanji dalam daun.
|
Kad imbasan huruf,
carta huruf, bongkah huruf.
Biji, batu atau
abakus.
Kayu hoki, bola
hoki.
Carta organ
penghadaman atau video penghadaman.
Daun hijau, radas
(bikar, penunu Bunsen, tripod), bahan kimia (iodin).
|
-
Bahan pengajaran dan
pembelajaran terdiri daripada:
-
Bahan bercetak
-
Alat pandang
dengar
-
Bahan bercetak
meliputi:
-
Buku teks dan
buku rujukan
-
Dokumen kurikulum
-
Majalah
-
Risalah
-
Akhbar
-
Alat pandang dengar
terdiri daripada:
-
"Hardware":
seperti TV, radio kaset, perakam video, projektor, komputer,
printer.
-
"Software":
adalah bahan yang digunakan dengan "hardware" seperti
pita video, pita kaset, filem slaid, transparensi, disket. Ia juga
termasuk bahan visual seperti carta, gambar, pita dan kad imbasan.
-
Bahan 3-Dimensi:
seperti glob, model, bongkah, spesimen dan bahan permainan.
-
Sesetengah bahan
pengajaran dan pembelajaran itu:
-
Dibekalkan oleh
Kementerian pendidikan.
-
Boleh dibeli
dalam pasaran.
-
Boleh dibuat oleh
guru dan pelajar.
-
Bolah didapati
dengan percuma.
-
Bahan pengajaran dan
pembelajaran itu perlu diurus dengan baik dengan:
-
Menggredkan bahan
itu mengikut tahun dan kebolehan pelajar.
-
Menyusun dan
menyimpan bahan itu di tempat yang sesuai.
-
Mengadakan sistem
klasifikasi, sistem katalog, sistem pinjaman dan sistem merekod
yang baik.
|